Subscribe to my RSSSubscribe via Email
Facebook TwitterFlickrDeviantArt

Sunday, May 03, 2009


_Suatu hari nanti.

Kalau dah bosan kerja jadi kuli. Yang mana memang dah nak masuk tahap bosan. Aku nak buka kedai 'Kuih Klasik'. Mungkin online. Mungkin tepi jalan. Mungkin dalam bangunan. Mungkin dekat pasar malam.

Jawatan: Freelance Photographer aka Penjual Kuih Klasik

"Hihihi.. klasik."
"Banyaklah kau punya klasik!"
"Eh.. sukalah."


Dengar nama je pun dah boleh rembes saliva.

Kan?

"Hihihi.. klasik."
"Banyaklah kau punya klasik!"
"Eh.. sukalah."


Ok.

Aku ada azam.

Entahlah sejak bila dia datang sergah si azam ini. Tapi. Aku ada azam. Ini bukan azam sekadar menjejeh air liur je mengaku azam. Ini azam sudah pahat dekat dahi. Hampir-hampir jendul jugalah dahi ini dipahat si azam ini. Tapi tak berapa nak jendul lagilah. Aku masih suka dahi asli hasil percantuman DNA mak dan ayah ini.

Aku ada azam.

"Weh.. yang diulang ayat berkali-kali ini apahal!"
"Apahal?"
"Macam mesin taip rosak. Dasar malas. Copy paste."
"Eh.. sukalah."


Aku ada azam.

Ulang lagi sekali. Nak kena lempang ke?

Fine.
Aku ada azam.
Hahahahahahhahahaha..

Tak guna!

Ok. Last.
Aku ada azam.

Azam aku.. nak belajar satu resipi klasik baru. Setiap minggu. Daripada emak.

Minggu ini.. memperkenalkan.

Kuih Abuk-abuk.

???

Pernah dengar tak tak kuih Abuk Abuk ini?

Tak pernah?

Perghhh..

Pergi google sekarang sejarah dia.
Pasal aku pun tak tahu dari negeri mana kuih ini datang.. hahaha.

(gambar ihsan Mama Fami)

Kuih Abuk Abuk Dari Luar

Kuih Abuk Abuk Dari Dalam

Resipi dia.
Google sendiri.. jangan malas.. hahahahaha.

Simple je. Cubalah. Aku tak tahu apa pasal aku berkenan betul dengan kuih muih makanan tradisional aka klasik ini. Makanan sejak zaman datuk nenek moyang. Sayang woh kalau dah tak ada siapa nak belajar. Klasik ini. Yang klasik itulah yang gila sedap.

Aku memang tak berapa berkenan dengan makanan barat ini. Kembang tekak. Tapi paksa jugalah kadang. Kata rezeki kan. Tak baik tolak. Walau bagaimanapun.. tetap kalah dia punya klasik. Hahahaha..

Ok.

Anak dara dan mak dara sekalian.
Apa lagi resipi kuih klasik yang korang tahu.

Mari sini aku nak belajar buat.

Lepas itu..
Apa lagi.

Aku makan sendirilah. Hahaha..

Ok.
Serius.

Apa lagi kuih tradisional yang korang tahu_

Kategori:

20 Responses to "Kuih Klasik 1 - Kuih Abuk Abuk"

May 3, 2009 at 10:11 PM
epok-epok.senang buat.sedap dimakan.especially time pose.slurpppp.yum2.
famia said :
May 3, 2009 at 11:27 PM
izza: epok-epok? walawehhh.. nama dia kedengaran klasik. baik.. google sekarang. tengs.
paiseh said :
May 4, 2009 at 12:02 AM
epok-epok.senang buat.sedap dimakan.especially time pose.slurpppp.yum2.


*gua ikut tebiat lu ulang2.. bulih?? hahahahahaa...!!
Anonymous said :
May 4, 2009 at 1:14 AM
aku bce post nie...trus g cr mak aku...tye kuih per...last dia kte google kn ajer(sbnr nye dia ckp ...npe ko nk tau...tgk sndiri dlm intrnet ko tu).
...........
ak x ingt pnh mkn ker x kuih nie...sok pg nk g cr r kt pasar...klu ader r....sper2 yg pandi bt mintak bt lbh---antr kt alamt aku...
........
no** **/** seksyen **..bandar angrik...
........
famia said :
May 4, 2009 at 3:25 AM
paiseh: lu ni cepat tepengaruh. gua baru tau.. epok epok tu karipap. laa

anon: hehehe. senang je buat dia. cubalah buat sendiri. kuih ni orang tak jual kat pasar. kalau ade pun maybe time Ramadhan kot. tapi.. rare sangatlah. macam dah ramai yg pandai makan kuih ni.
Hajar said :
May 4, 2009 at 11:35 AM
woooo...lame gile x makan kuih tuh. huhuh...
sedap2x...
ahah, pernah dgr nama kuih puteri bungkus 2 sebilik? haha..:p
May 4, 2009 at 1:31 PM
suka sangat kuih ni..mak buat mmg sedap..
akak tau kuih lopes?
dia balut dlm daun pisang, bentuk segi tiga..
pastu mkn dengan air gula melaka..sedap sgt..
Kabus said :
May 4, 2009 at 1:40 PM
epok-epok tu kalau tak silap bukan ke karipap. tapi orang johor panggil epok-epok...huhuhu

Ain-- kuih lopes? whoa? sgt sedap weh. sedap. series. *drooling* hahaha
RieNa said :
May 4, 2009 at 1:54 PM
kueh taik itik. serius. kelantan mari.
famia said :
May 4, 2009 at 2:49 PM
kakpu3: heheheh. kuih puteri bungkus 2 sebilik? macam pernah. belah kelantan ke tu? kelantan selalu nama kuih mesti ada bunyi mitos dan dongeng sikit. hehhee.

your name is ain: hehehe. kuih abuk abuk mmg gila sedap. cubalah buat sendiri pulak. senang je. lopes pun feveret. tapi belum pandai buat sendiri lagi. hehe. pasni boleh masuk list. hehehe.

kabus: itulah pasal. google punya google.. memang bentuk karipap. atau lebih tepat lagi.. memang karipap. heheeh. belum cukup klasik tu epok2 tu.

riena: hehehe aku penah dengar. dia putih2 kan. kuih2 kelantan kadang2 memang ekselen. cuma manis dia memang luar biasa punya manislah. naik sampai ke telinga kadang.
el said :
May 4, 2009 at 2:49 PM
famia, kuih lompat tikam penah makan?
hahaha. kena makan sambil beraksi melompat dan bertikaman antara satu sama lain.

keji kan.
ntah sape la boh nama.
ish...
famia said :
May 4, 2009 at 2:51 PM
el: hehehe. pernah dengar. kuih tu tak keji. nama dia cool je. orang zaman dulu memang kreatif lagi bernas lagi produktif dalam mendapatkan nama kuih2 ni. haha. baik.. pasni boleh cuba ni.
M-I-N said :
May 4, 2009 at 8:25 PM
terliur jap.rare ek?tunggu bulan pose je la nampaknye.
May 5, 2009 at 12:10 PM
famia said :

izza: epok-epok? walawehhh.. nama dia kedengaran klasik. baik.. google sekarang. tengs.

>> maafkan saya kerana terguling2 mendengar statement di atas. huehuehuehue.

terus google tu..huehuehuehe. setahu aku, mmg karipap. tatau la tmpt laen panggil apa pulak.

btw .. cari la kueh lopes. kuih talam dua muka. cucur badak penah dengar? satu lagi. kuih "ku".

ps: da lama x makan kuih koci..
famia said :
May 5, 2009 at 1:11 PM
min: hehehe. bulan pose kalau dia juallah. x penah nampak plak kat mane2 jual kuih abuk2 ni.

dope: haha. sorila. aku mmg tak penah dengalah epok2 tu. kalo karipap.. kate saje karipap.. epok2 mcm pelat je. kuih lopez.. err talam 2 muka? kuih seri muka rasanya dope nama dia. hehe... cucur badak.. tu.. basicc tu sume (hahaha belagak.. sori.. hehe. sbb mak aku rajin buat..)
May 5, 2009 at 3:11 PM
cucur badak mmg basic. tp takut nama je x penah dengau. keke.

pasal kuih talam dua muka tu, aku rasa aku yg salah mention hahaha. kuih talam (je) bentuknya sama mcm kuih seri muka, tapi ingredient len. kalau tak silap aku la. makan dengan kelapa. ko panggil tu kuih apa ha?

ps: still ko tatau kuih "ku" tu kuih ape kan. huehueheue.
famia said :
May 5, 2009 at 6:07 PM
dope: hehehe. yeeee. aku taktau kuih KU tu ape. baik. aku google. pstt.. kuih MU takde ke. hehe.
May 5, 2009 at 10:50 PM
kuih MU, kuih KU.
kuih KU, kuih KU juga.

(komen spam. kekeke)
LediAgli said :
May 6, 2009 at 5:35 AM
ko berkenan nak masak ke nak makan?
famia said :
May 6, 2009 at 7:40 AM
dope: MU = manchester united la. hehe

ledi: dua2.

Post a Comment

Salam,

1. Terima kasih kerana menyinggah.
2. Harap dapat mengeja molek-molek.

Copyright 2010 Famia. Powered by Blogger. Contact me at harasxt_21@yahoo.com.